Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Tepat jam 3.15 petang waktu tempatan Mesir, pesawat Egypt Air telah selamat mendarat di perkarangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, Mesir ini. Laju saja tangan menekan punat telefon bimbit, menghantar pesanan ringkas SMS pada Umi dan Abah di Malaysia.
"I'm savely arrived. Mohon doanya ya! ;)"
Seringkas itu yang mampu ditaip, memandangkan sahabat-sahabat lain semua sudah bergegas menurunkan bagasi dan barangan masing-masing. Nampaknya mereka sungguh tidak sabar! Aku hanya mampu tersenyum pada 'sahabat-sahabat baru' yang duduk bersama di sebelahku sepanjang perjalanan, yang hanya dikenali nama sahaja. Paling aku ingat yang duduk betul-betul di sebelahku, namanya Zakwan.
"So are you ready, Husna? Haha. All the best okay, ada rezeki kita jumpa lagi," Zakwan berkata tiba-tiba. Aku mengangguk tersenyum mengiyakan apa yang dikatakan.
"You too bro! Ilalliqa!" balasku dalam bahasa Arab, yang membawa maksud 'jumpa lagi'. Tanpa memikirkan berat bag sandang serta bagasi yang perlu dibawa bersama, aku turun keluar dari pesawat dengan hati yang berbunga-bunga. Gembira kerana tidak sabar mahu meneroka bumi Mesir ini.
Pertama kali ditampar dengan udara bumi kinanah ini, "Allah, panasnya!" terdetik di dalam hati tiba-tiba. Sungguh angin di Lembahan Nil ini sangat panas. Kata seniorku, suhu di sini mampu mencecah 40 darjah selsius, atau mungkin lebih, memandangkan waktu ini adalah musim panas. Tetapi pada musim sejuk, suhu boleh jadi turun sehingga 3-10 degree. Benarkah?
"Subhanallah, ramainya manusia beratur! Kalau macam ni nampak gayanya lambat lagi la nak sampai rumah." bebel sahabatku Israa, yang aku kenal pertama kali semasa di KLIA. Orangnya sangat manis, berdarah kacukan Melayu-Pakistan, sangat petah berkata, sekali bersembang seperti sudah lama kenal.
"Nah, inilah Mesir! Bumi yang padat dengan penghuni, kurang moden, masih lagi menggunakan sistem pen dan kertas, buat kerja lambat, banyak bercakap, banyak makan, kuat merokok dan kurang bersih," sampuk Kak Alya, pelajar Perubatan Tahun 3 Universiti Kaherah yang turut sama berada dalam rombongan kami.
"Tengok saja dah tahu, kak." balasku acuh tak acuh, memerhatikan seorang pakcik tua yang makan coklat dan dicampaknya sahaja bungkusan coklat tersebut ke bawah, walaupun tong sampah tersergam di hadapannya. Israa' turut memerhati. Geramnya aku! Paling pantang bila ada orang suka buang sampah merata-rata ni! Mahu ditegur, tapi ini negara mereka.
"Hmmm. Nama pun Mesir, mim sod ro - musibah, sabar, redha," kata Israa' tiba-tiba. Kami bertiga tersengih serentak. Betul juga apa yang Israa' cakap, aku bermonolog sendirian. Tidak tahu untuk berbicara apa lagi, dan giliranku untuk mendapatkan visa sudah tiba. Zapp, cop 'on-arrival' untuk 2 minggu tersemat di helaian passport merah ini.
Sungguh, aku tidak percaya, inilah bumi Mesir, bumi bertuah tempat aku berpijak sekarang. Bakal menjadi tempat berteduh hujan panasku selama 6 tahun. Ya - aku akan ke Universiti Al-Azhar, sebagai persediaan melengkapkan diri menjadi seorang doktor. Bukan doktor yang hanya merawat penyakit, tetapi menjadi doktor yang merawat hati dan jiwa pesakit.
Aku, Danisha Husna bt Ibrahim, berjanji dan bertekad sepenuh hati! Doakan aku!

* * * * *

amboih nama danisha husna..mcm novel alaf 21 tecer aku kata...kahkah
ReplyDeletesenior ainshams cerita mim sod ra tu mihnah sabar redha..sama ja kot?
comelkan nama tu? aku pun nak la buat novel ala2 alaf 21 but fyi, danisha husna tu nama anak buah aku, umur dia dah 9 tahun dah :)
Deleteaku rasa cite mim sod ro tu semua orang dah tahu agaknya!
aku dalam bas dari airport nak ke rumah kedah..ustaz tu dah bukak cerita ni dulu..hahahah
DeleteSemoga berjaya dunia dan akhirat...
ReplyDelete